
Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera,
Selamat Datang ke Laman Web SK Kg. Berangan".Laman Web
ini telah dilancarkan dengan rasminya pada 28 April 2003 menandakan titik
permulaan SK Kg. Berangan melangkah ke Alam Teknologi Maklumat dan Komunikasi(
ICT ) sebagai menyahut seruan kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk membawa mutu pendidikan di Malaysia ke taraf dunia.(World Class
Education)
Hasrat saya serta semua warga
SKKB dan PIBG ialah dengan pelancaran Laman Web SK ini, ianya mampu menarik
minat para pelajar mendalami pengetahuan berhubung dengan Teknologi Maklumat
melalui penubuhan Pusat Sumber Multimedia.
Penubuhan Pusat Sumber Multimedia yang lengkap
dengan komputer serta kemudahan audio visual dan kemudahan teknologi Pendidikan
lain yang akan siap dalam beberapa bulan lagi adalah bertujuan untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer di
kalangan semua guru dan murid sekolah ini nanti.
Akhirkata, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak, terutamanya guru-guru dan kaki
tangan sekolah yang telah memberi sumbangan dan kerjasama bagi melaksanakan
penubuhan Laman Web SK Kg. Berangan ini. Sesungguhnya tanpa sokongan semua
pihak, hasrat ini tidak akan menjadi kenyataan. Saya mendoakan agar SK Kg.
Berangan akan terus maju dan berjaya dalam segala bidang pada masa-masa akan
datang.
Sekian, terima kasih.
SELAMAT MELAYARI
LAMAN KAMI.